‘Kejayaan’ Najib perkenalkan Malaysia kleptokrasi, kata Daim


The Malaysian Insight

PERDANA menteri sementara Najib Razak berjaya memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia sebagai negara kleptoraktik, kata bekas menteri Umno, Daim Zainuddin.

Bekas menteri kewangan yang berkhidmat dua kali pada zaman pentadbiran Dr Mahathir Mohamad dan juga ketika krisis ekonomi pada 1990-an berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil, yang baru-baru ini berkata kumpulan “pesara” itu cemburu dengan pencapaian Najib.

“Najib memperkenalkan Malaysia ke seluruh negara bahawa inilah kerajaan pencuri. Inilah pencapaian Najib.

“Pencapaian kedua ialah selepas memansuhkan ISA, Sosma dan Pota pula diperkenalkan,” katanya merujuk kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Akta Pencegahan Keganasan (Pota).

“Kita akan ditahan jika buat laporan, inilah pencapaian Najib, memperkenalkan negara kita sebagai negara kleptokratik, diketuai oleh pencuri,” katanya pada satu sesi di Shah Alam hari ini.

Shahrizat minggu lalu berkata kenyataan dibuat bekas menteri Umno, Daim dan Rafidah Aziz dan juga Dr Mahathir adalah tanda kekecewaan mereka terhadap kesan dasar yang diperkenalkan oleh Najib sejak menteri perdana menteri pada 2009.

Daim dan Rafidah kemudian dipecat daripada Umno kerana menyokong pembangkang. Seorang lagi bekas menteri Umno, Rais Yatim pula sedang disiasat.

Mereka bertiga dilihat mengkritik Umno dan kerajaan Najib, dengan Daim dan Rafidah secara terbuka berkempen di program ceramah Pakatan Harapan (PH).

Kedua-dua veteran Umno itu menyertai bekas bos mereka, Dr Mahathir yang juga pengerusi PH dan calon perdana menteri pembangkang, di program ceramah di Melaka dan Selangor. – 7 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen