Pegawai polis langgar pelajar akan direman hari ini


PEGAWAI kanan polis yang melanggar mati seorang pelajar dekat sebuah sekolah menengah di Ipoh semalam akan direman hari ini untuk siasatan lanjut, kata Ketua Polis Daerah Ipoh Yahaya Hassan.

Pegawai itu ditahan semalam untuk membantu siasatan kematian pelajar tingkatan lima Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya dilanggar kereta yang dipandu pegawai terbabit dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di Meru.

Pelajar itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah kecederaan bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya,” kata Yahaya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Menurut Yahaya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis juga menyiasat kejadian dari pelbagai sudut termasuk siasatan jenayah bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh.

“PDRM tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawainya sendiri sekiranya mempunyai bukti yang kukuh,” tambah Yahaya. – 16 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen