DENGAN dua hari berbaki sebelum tiba hari mengundi, Pejabat Perdana Menteri menyasarkan serangannya terhadap calon perdana menteri pembangkang, Dr Mahathir Mohamad, mengingatkan rakyat Malaysia tentang pemerintahan autokratik semasa beliau berkuasa.
Setiausaha akhbar kepada Perdana menteri sementara Najib Razak, Tengku Sariffundin Tengku Ahmad berkata Dr Mahathir adalah seorang individu yang “mengaku dirinya ditaktor” dan “seorang yang obses mahu berkuasa”
“(Dia) fikir selepas 22 tahun berkuasa Malaysia hanya boleh diperintah oleh dia, yang memburukkan dan memenjarakan lawannya, mengongkong media dan kebebasan bersuara, merosakkan sistem pendidikan, dan mencipta kelas kroni kapitalis, menganggu sistem pilihan raya, dan menundukkan badan kehakiman mengikut telunjuknya dengan mengantung Mahkamah Agung, memecat badan kehakiman kanan yang tidak bersetuju dengannya dan merubah Perlembagaan,” kata Tengku Sariffunddin dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook PMO Malaysia.
“Orang ini secara berterusan melemparkan dakwaan salah dan melampau terhadap lawannya, malah memanggil perdana menteri sebagai percuri tanpa sebarang bukti.”
Beliau berkata Dr Mahathir kini dalam misi untuk menggulingkan Barisan Nasional kerana anaknya Mukhriz kalah teruk dalam pemilihan parti Umno 2013.
“Dek kerana gagal membuka jalan untuk anaknya, Dr Mahathir kini bersekongkol dengan pembangkang akibat terdesak,” katanya.
Tengku Sariffuddin kemudian menegaskan mengenai “penipuan besar-besaran” Pakatan Harapan, menyatakan yang “kempen reformasi” mereka telah dibentuk untuk menentang Dr Mahathir dan ramai daripada pemimpin mereka telah dipenjarakan oleh beliau.
“Realitinya DAPlah yang mengawal sebahagian besar kerusi Parlimen pembangkang, dibandingkan dengan kerusi tunggal parti Dr Mahathir (Bersatu), dan justeru itu mengawal gabungan tersebut. DAP menggunakan orang yang berumur 90-an sebagai penyamaran untuk memecah undi Melayu,” katanya, mengulangi naratif yang digunakan BN dalam kalangan orang Melayu bahawa PH kononnya dikawal oleh parti majoriti Cina, DAP.
“Jika mereka menang, mereka tak akan benarkan Dr Mahathir jadi Perdana Menteri - mereka tahu tentang dia luar dan dalam. Dan, sebelum ini dia berkata akan menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim selepas enam bulan, tetapi tiba-tiba Dr Mahathir tukar pendirian itu kepada sekurang-kurangnya dua hingga tiga tahun,” tambah Tengku Sariffuddin.
Beliau turut mengulangi mengenai pencapaian BN di bawah Najib sejak 2009 antaranya meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia, mengurangkan kadar kemiskinan, mendukung demokrasi dengan memansuhkan undang-undang represif seperti Akta Kesalamatan Dalam Negeri.
“Kebenarannya adalah jika sekalipun pembangkang cuba untuk membentuk kerajaan, perbezaan ideologi mereka akan memusnahkan mereka, tindakan tidak bertanggungjawab mereka dan dasar ekonomis populis mereka akan memufliskan negara. Ia akan membawa malapetaka kepada Malaysia. Saya percaya Rakyat Malaysia bijak dan tak akan membiarkan ia berlaku,” kata Tengku Sariffuddin. – 7 Mei, 2018.
Komen