Tindakan Tony Fernandes sokong Najib dikecam pengguna media sosial


The Malaysian Insight

TINDAKAN Tony Fernandes menyuarakan sokongan terbuka kepada Najib Razak pada PRU14 kali ini dianggap sebagai tindakan yang tidak sensitif kepada persekitaran negara yang mahukan perubahan, malah “terlebih perasan” statusnya di mata rakyat Malaysia.

Mereka mempersoalkan motif tindakannya yang menggesa penggundi supaya membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukannya khabar angin seterusnya mengabaikan siasatan jenayah berkaitan penyandang jawatan perdana menteri itu.

 “Awak tahu Tony, awak satu penghinaan. Awak gagal merasa denyut nadi tertekan negara,” kata seorang pengguna Facebook Guna Rethinasamy.

“(Dan) Awak masih berani beritahu kami bagaimana kami patut undi.”

“Hormat kena timbal balik, Tony. Awak gagal untuk itu. Bermula sekarang saya akan tengok awak daripada perspektif berbeza. Dan Tony…duit bukan selalu jadi raja,” tambahnya.

“Saya hilang hormat kepada dia sejak dia mula puji Najib. Awak merungut tentang banyak isu berkaitan perniagaan awak tetapi bila sampai isu dan masalah rakyat, awak sembunyi dalam baju kurung Rosmah (Mansor). To hell with you lah,” tulis Saravanan Supramaniam pula.

Beberapa orang pengguna lain mengatakan keputusan Fernandes menyuarakan sokongan terbuka kepada kerajaan yang terpalit skandal mungkin memberi kesan kepada perniagaannya.

“Selaku seorang ahli perniagaan awak tak sepatutnya secara terbuka memberi sokongan kepada mana-mana parti politik untuk terus kekal relevan dalam pasaran,” tulis Manmohan Singh.

Fernandez dalam klip video itu mengatakan pentadbiran Najib “mendahulukan rakyat” dan membantu syarikatnya berkembang.

“Saya selalu kata kepada kerajaan dan perdana menteri (supaya) mendahulukan rakyat dan keputusan selepas itu akan jadi lebih mudah.

“AirAsia berkembang daripada dua pesawat kepada 230 pesawat. Bermula dengan 200,000 penumpang, tahun ini kami membawa 89 juta penumpang.

“Dan saya percaya perdana menteri mendahulukan rakyat dan membenarkan AirAsia berkembang walaupun wujud penentangan dari semua arah,” katanya. – 7 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen