Dewan Negara lulus RUU Perbekalan 2024


Dwan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024. – Gambar Facebook, 12 Disember, 2023.

DEWAN Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara setelah melalui tempoh lapan hari perbahasan dan penggulungan selepas dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Negara pada 29 November lepas.

Yang Dipertua Dewan Negara Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan perkara itu selepas bacaan kali ketiga rang undang-undang berkenaan.

Rang undang-undang itu melibatkan peruntukan RM393.8 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah Malaysia.

Daripada jumlah peruntukan belanjawan yang bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ itu sebanyak RM303.8 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan manakala RM2 bilion pula disediakan untuk simpanan luar jangka.

Rang undang-undang itu diluluskan Dewan Rakyat pada 27 November lepas.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok. – Bernama, 12 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen