Saya beri BN 'F' untuk kad laporan prestasi, kata Rafidah


The Malaysian Insight

BEKAS menteri perdagangan dan industri Rafidah Aziz berkata beliau akan memberi kerajaan Barisan Nasional (BN) gred “F” bagi kad laporan prestasi bagi tempoh lima tahun mereka mentadbir  negara.

Beliau berkata di ceramah Pakatan Harapan (PH) di Hulu Kelang malam ini, ia adalah sebab  mengapa rakyat Malaysia perlu menyingkirkan BN.

“Jika anda bertanya kepada saya, saya beri F untuk kad laporan. Sekiranya anda menerima ‘F’, maknanya anda tidak boleh sambung,” kata Rafidah kepada kira-kira 5,000 hadirin.

Bekas anggota majlis tertinggi Umno itu menambah kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mencemarkan nama negara di peringkat antarabangsa.

“Cerita (1MDB) jika dibuat dalam filem, ia akan menjadi sehingga tiga filem susulan. Ia akan menjadi filem yang laris tetapi televisyen di sini tidak akan menayangkannya,” kata Rafidah.

Rafidah dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin berada di sini secara terbuka menyokong calon PH.

Rafidah beberapa kali muncul dalam acara PH termasuk di Melaka dan semalam di Taman Tun Dr Ismail untuk berkempen bagi calon Segambut Hannah Yeoh. – 6 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen