BN akan hilang Johor, kata Muhyiddin


The Malaysian Insight

KUBU Barisan Nasional (BN) di Johor akan roboh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di Pagoh itu berkata dapat merasai yang mereka ingin perubahan dalam kerajaan kerana sudah bosan.

“Johor dikatakan sebagai kubu kuat Umno tetapi saya menyampaikan berita yang kubu di Johor akan roboh,” kata Muhyiddin kepada kira-kira 5,000 orang ramai yang hadir di Hulu Kelang hari ini.

Presiden Bersatu juga menambah orang Melayu di Johor tidak lagi mudah tertipu lagi dengan helah BN.

“Orang Melayu sudah berubah fikiran mereka, mereka tidak begitu bodoh seperti yang difikirkan oleh BN,” kata Muhyiddin.

Bekas pemimpin Umno itu juga memberi amaran penipuan mungkin berlaku kerana BN sudah tahu mereka akan kalah.

“Masanya sudah tamat bagi BN. Tiada lagi BN, tiada lagi Umno, tiada lagi MCA, tiada lagi MIC dan tiada lagi Gerakan. Mereka tahu mereka akan kalah,” tambah Muhyiddin. – 6 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen