Pilih Pakatan demi anak cucu kita, kata Nik Omar


The Malaysian Insight

NIK Omar Nik Abdul Aziz menyeru rakyat Malaysia memilih Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan masa depan negara terjamin.

“Kita fikirkan tentang kehidupan kita, anak cucu kita dan generasi akan datang. Saya menyeru warga Malaysia supaya jadikan pilihan raya umum ini yang terbaik buat negara.

“Pilihlah yang terbaik iaitu PH,” katanya dalam satu video yang ditayangkan di ceramah mega PH di Hulu Kelang, Gombak.

Beliau menyeru pengundi memilih parti yang mampu menjanjikan kebajikan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

Nik Omar merupakan calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, kerusi disandang ayahnya Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menjadi menteri besar Kelantan, sehingga meninggal dunia pada 2015.

Adiknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz merupakan calon kepada PAS bagi kerusi Parlimen Bachok di Kelantan.

Ceramah mega di Gombak, Selangor menampilkan pimpinan tertingginya seperti Dr Mahathir Mohamad, Mohamed Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin. – 6 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen