PENGUNDI Muar mulai hadir bagi menyaksikan perdebatan yang menerima publisiti meluas, tetapi kemudiannya dibatalkan, di antara penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Razali Ibrahim dan pencabarnya, daripada Bersatu Syed Saddiq Abdul Rahman, yang dijadualkan malam ini di Hotel Traders, Muar.
Perdebatan itu dibatalkan awal hari ini selepas CPO Johor Mohd Khalil Kadir Mohd berkata polis tidak akan meluluskan sebarang permit bagi majlis itu disebabkan masalah keselamatan.
Razali kemudian mengumumkan beliau hanya akan berdebat dengan Syed Saddiq secara tertutup sambil menambah “perbincangan” akan disiarkan secara langsung dari rumah Pegawai Daerah.
“Kita boleh mempunyai wacana yang harmoni tanpa sebarang kekecohan,” kata Razali.
Pada Selasa lepas, Syed Saddiq mencabar Razali untuk berdebat pada Selasa lalu, yang kemudiannya dipersetujui Razali.
Walaupun acara malam ini dibatalkan, Syed Saddiq menerima sorakan lebih 100 pengundi yang mula berkumpul di dewan jamuan hotel sebelum pukul 8 malam.
Syed Saddiq yang berhasrat menewaskan penyandang tiga penggal Razali, memberitahu orang ramai dan menyampaikan dua ucapan sebelum mengumumkan beliau menerima jemputan Razali untuk perdebatan tertutup. – 6 Mei, 2018.
Komen