Sanggup redah hujan lebat untuk dengar ucapan Dr Mahathir 


The Malaysian Insight

Hujan lebat tidak menghalang wang Lembah Kelang untuk mengikuti ceramah mega terakhir yang menampilkan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan di Taman Keramat, Hulu Kelang, malam ini.

Lebih 1,000 orang itu juga sanggup sanggup berjalan kaki dari jauh kerana kesesakan lalu lintas namun mereka tetap setia menanti kedatangan Dr Mahathir Mohamad untuk menyampaikan ucapan.

Angie Ng, 56, berkata beliau datang dari Kelana Jaya seawal 7 petang untuk menyaksikan sendiri ucapan bekas perdana menteri itu.

“Saya juga mahu dengar manifesto sebab mengenai korupsi kita sudah selalu dengar,” kata suri rumah itu.

Farah Abu Bakar, 40, dari Bukit Antarabangsa pula berkata beliau begitu teruja untuk mendengar ucapan Dr Mahathir.

“Saya datang hendak dengar ucapan Tun M. Masa zaman Tun M saya rasa hidup dengan dia. Tapi sekarang tak selesa. Jadi saya nak perubahan itu,” katanya kepada Malaysia Decides.

Begitu juga bagi Yaz, 43, yang tinggal di Gombak. Penyelidik bebas itu hadir untuk mendengar sendiri ucapan idolanya, Dr Mahathir dan juga manifesto Pakatan Harapan.

Selain Dr Mahathir, Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali juga akan berucap di ceramah Malam Semarak Tsunami Rakyat di Taman Keramat Hulu Kelang itu. – 6 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen