VETERAN Umno dan bekas menteri Rais Yatik hari ini berkata kehadiran jumlah besar orang ramai ke ceramah tidak harus dipandang ringan kerana ia menunjukkan tanda kuasa rakyat.
Beliau tidak menamakan mana-mana parti politik tetapi gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (PH), telah menganjurkan banyak ceramah mega di seluruh negara bagi menggembleng sokongan.
“Tolong tengok ini sebagai petanda kuasa rakyat,” kata penasihat kerajaan itu kepada pemberita di Bangsar.
“Kalau Umno ataupun pemimpina atasan berasa itu tiada apa-apa, saya rasa mungkin ada silap.”
Rais kini mengkritik lantang Umno dan kerajaan di bawah perdana menteri sementara Najib Razak. Bagaimanapun, beliau tidak membuat kemunculan di ceramah anjuran PH.
Bekas pemimpin Umno Rafidah Aziz dan Daim Zainuddin secara terbuka menyokong Pakatan Harapan. Mereka dipecat Umno sementara Rais masih disiasat. – 6 Mei, 2018.
Komen