Pengguna Facebook ragui surat terbuka Syed Hamid


The Malaysian Insight

SURAT terbuka pemimpin veteran Umno, Syed Hamid Albar menyeru rakyat Malaysia mengundi mengundi tanpa rasa bimbang bagi kerajaan yang adil dan jujur ​​menerima sambutan bercampur daripada pengguna media sosial.

Dalam surat yang dikeluarkan hari ini, bekas ketua majistret Syed Hamid yang kemudiannya memegang beberapa portfolio kementerian meminta rakyat Malaysia “mengundi mengikut naluri” dan “mengikut hati yang ikhlas”.

“Gunakan kebijaksanaan dan pertimbangan yang rasional. Undilah untuk mereka yang berintegriti, yang dihormati, telus, amanah dan yang akan bekerja keras serta boleh dipercayai, kerana kualiti-kualiti ini akan menjadi asas kepada kerajaan yang mereka wakili,” katanya.

Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno berkata para pengundi “tidak patut membantu mereka yang sudah sedia kuat. Jangan sesekali terperangkap dalam situasi ini.”

“Saya percaya jika kita benar-benar bersatu berasaskan objektif bersama dan mempertahankan perjuangan kita demi keadilan dan kehormatan, Insya-Allah, ini mampu menumpaskan penipuan, pembohongan dan pemalsuan.”

Surat Syed Hamid turut diragui pengguna Facebook Harold Lean mengulas surat itu tidak mempunyai kekuatan dan menunjukkan penulis bertindak selamat serta tidak mempunyai pendirian yang jelas.

Ganesan Veeramuthu Pillai merujuk kepada rekod Syed Hamid sebagai menteri dalam negeri, mengkritik beliau kerana membenarkan penangkapan seorang wartawan.

“Sekarang beliau tidak berani mengkritik Najib Razak secara terang-terangan, tapi hati-hati memilih kata-kata kerana tidak yakin kuda mana yang akan memenangi perlumbaan.”

Seorang pengguna lain, Alfred Sequerah, berkata Syed Hamid, ketika beliau menjadi menteri dalam negeri juga menyeru kalimat “Allah” untuk diharamkan daripada Katolik Herald pada 2007.

Bagaimanapun, sesetengah pengguna menyambut baik seruan Syed Hamid untuk perubahan. “Kata-kata utama adalah ‘perubahan positif’. Selamat datang kepada penentangan/pemberontakan,” tulis M Huzaifa Arriffin.

Mustapha Ong berkata: “Sebagai seorang Islam, adalah berdosa untuk terus menyokong kepimpinan yang korup dan mencuri dari negara ini. Kita perlu menilai perbezaan antara pentadbiran di bawah kepimpinan Najib Razak berbanding dengan 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.”

Abraham Teh berkata surat terbuka menunjukkan malah golongan atasan juga tidak pasti keputusan pilihan raya.

“Tiada siapa yang tahu apa akan berlaku, Rafidah Aziz dan Daim Zainuddin adalah sekutu rapat Dr Mahathir Mohamad. Tetapi semakin ramai bekas pemimpin Umno secara terbuka bersuara yang pastinya disebabkan mereka berasa sesuatu tidak memihak kepada parti pemerintah,” katanya di Facebook. – 6 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen