Pemandu jengkaut warga Indonesia maut ditimpa balak 


SEORANG lelaki warga Indonesia ditemukan maut selepas ditimpa batang balak di kawasan matau balak di Kuala Betis, di Gua Musang semalam. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata Dian Hermawan, 32, yang merupakan pemandu jengkaut dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 10.15 pagi. 

“Siasatan awal mendapati sebatang pokok balak telah jatuh di atas jengkaut semasa Dian Hermawan sedang berehat di dalamnya yang menyebabkannya tersepit dan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sik berkata mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. 

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah,” katanya. – Bernama, 10 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen