Sumbangan untuk kempen pilihan raya semakin kurang, kata Guan Eng


The Malaysian Insight

DAP semakin mendapat kurang menerima sumbangan bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)kerana penderma bimbang diburu oleh lembaga hasil dalam negeri, kata Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata terdapat pengurangan signifikan dalam sumbangan kali ini berbanding pilihan raya lepas pada 2013 dengan lembaga memburu ahli perniagaan.

“Jabatan ini benar-benar memburu mereka. Apabila kami (PH) berjaya (ke Putrajaya), kami akan membuat perubahan kepada lembaga.

“Ini satu penghinaan. Jabatan itu perlu memastikan layanan yang adil,” katanya kepada pemberita selepas bercakap kepada orang ramai di Dewan Ng Yam Huat di Bukit Mertajam.

“Jika mereka mahu mendapatkan wang untuk kerajaan, mereka tidak boleh memburu pengusaha kecil dan jujur. Pergi buru ikan besar, jerung; bukan ‘ikan bilis’ - perniagaan kecil seperti penjaja.”

“Mereka perlu buru Jho Low. Mereka boleh mendapatkan satu atau dua bilion daripadanya,” kata Lim, merujuk kepada ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd Low Taek Jho, yang namanya sering disebut dalam ceramah PH.

Lim, yang juga timbalan presiden PH dan ketua menteri sementara Pulau Pinang, berkata terdapat penurunan dalam sumbangan awam kerana simpanan rakyat menurun kerana cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata penurunan sumbangan pastinya menjadi masalah, tetapi parti itu akan bertahan hasil sumbangan kecil daripada pelbagai pihak.

“Kami tidak akan menang kerana wang. Sekiranya ia hanya keranawang, maka Barisan Nasional akan menang.

“Ia bukan kerana wang tetapi kepercayaan terhadap prinsip dan apa yang kami perjuangkan yang membantu kami menang.

“Rakyat juga datang dengan rela ke acara kami, bukan kerana kami memberi mereka wang. Sebaliknya, mereka yang menyumbang kepada kami,” katanya.

Pada ceramahnya, DAP mengedar kotak sumbangan dan sering mendapat beberapa ribu ringgit daripada orang ramai. Ceramah di Dewan Ng Yam Huat, yang dihadiri kira-kira 2,000 orang petang tadi, mengumpul RM14,184. – 6 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen