PARTI pro-Barisan Nasional (BN), See Hua Daily melanggar Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dengan menyiarkan iklan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan maklumat mengelirukan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen.
Beliau percaya tiada tindakan akan diambil terhadap akhbar berbahasa Cina itu, yang merupakan kumpulan akhbar terbesar negeri, See Hua Group, memandangkan kecenderungan politik syarikat itu.
Akhbar lain di bawah See Hua Group adalah The Borneo Post, yang mempunyai pengedaran tertinggi bagi akhbar berbahasa Inggeris, dan thesundaypost, serta akhbar berbahasa Malaysia dan Iban Utusan Borneo.
Chong berkata maklumat yang terkandung dalam iklan itu mengelirukan kerana “tidak mungkin GST dapat melakukan semua perkara yang didakwa”.
Beliau berkata kutipan tahunan GST ialah RM40 bilion, atau hanya 20% daripada jumlah hasil kerajaan, oleh itu hasil daripada sumber lain, seperti cukai pendapatan, korporat, tarif, duti import dan royalti, diperlukan untuk membiayai “pencapaian” seperti yang disenaraikan dalam iklan.
Calon Stampin berkata beliau memaklumkan kepada polis mengenai perkara itu.
Undang-undang menyatakan laporan, termasuk iklan malah jika sebahagiannya mengandungi maklumat yang salah dianggap berita palsu.
Hukumannya RM200,000 denda, dan pengarah syarikat penerbitan dan semua berkaitan dengan reka bentuk iklan tersebut boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun.
Akta Antiberita Tidak Benar, yang diluluskan Parlimen sebelum pembubarannya bulan lalu, dikecam kerana dianggap sebagai satu bentuk penapisan kerajaan. – 6 Mei, 2018.
Komen