Patriot seru pemimpin buang politik kebencian


The Malaysian Insight

ANGGOTA pasukan keselamatan bersara menggesa para pemimpin politik berhenti menggunakan retorik agama dan perkauman, dengan mengatakan ia akan mewujudkan perselisihan di kalangan masyarakat dan mencemar segala ingatan terhadap anggota yang terkorban.

Presiden Persatuan Patriot Nasional, Mohamed Arshad Raji berkata kumpulannya ditubuhkan daripada keinginan melihat Malaysia yang lebih baik “di mana semua rakyatnya hidup dalam damai dan harmoni, tanpa menghiraukan perbalahan kaum dan agama”.

“Kami menyedari selepas 60 tahun kemerdekaan, masyarakat kita masih dalam pergeseran di mana para pemimpinnya bercakap tentang ketuanan bangsa serta ketaksuban keagamaan. Ini harus dihentikan dari sekarang, jika kita mahu masyarakat Malaysia yang benar-benar bersatu dan harmoni,” katanya dalam forum di Kuala Lumpur hari ini.

Forum itu dianjurkan oleh NPA untuk memberi platform masyarakat sivil bagi menyuarakan aspirasi mereka kepada kerajaan selepas 9 Mei.

“Sebagai bekas anggota pasukan keselamatan, kami memberikan keamanan dan jaminan keselamatan negara ini, dan kami melakukannya dengan nyawa kami. Kami melihat banyak rakan-rakan yang terkorban, isteri mereka menjadi janda dan anak-anak ditinggalkan tanpa bapa.

“Ia adalah detik-detik paling menyedihkan dalam kehidupan kita, dan apakah cara yang lebih baik bagi kita untuk membayar balik pengorbanan rakan-rakan kita yang terkorban selain memastikan keamanan dan keselamatan keluarga serta generasi akan datang?

“Dan sebagai anggota pasukan keselamatan, kita buta warna, kita tidak peduli dengan  kaum dan kepercayaan agama rakan-rakan yang terkorban. Mereka adalah saudara kita dan kita mesti menjaga mereka,” kata Shahrul.

NPA, yang ditubuhkan pada Mei lepas, terdiri daripada anggota bersara angkatan tentera dan polis.

Sisters of Islam, Perkhidmatan Sivil Antarabangsa, Majlis Hindu Dunia, Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam), dan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia adalah antara 15 kumpulan yang bercakap hari ini.

Lim Kit Siang daripada DAP melawat seketika, tetapi tidak berucap.

Tema yang biasa adalah perlindungan hakrakyat, terutamanya minoriti, dalam kepelbagaian etnik dan kepercayaan di Malaysia.

Di luar forum, sekumpulan pegawai polis memerhati.

“Anggota kami mungkin sudah bersara, dan sebahagian besar sudah melewat 60 tahun, lemah, tetapi percaya kepada saya, semangat mereka untuk berkhidmat kepada negara dan rakyatnya tidak layu,” kata Shahrul. – 6 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen