Nik Omar hormat keputusan keluarga halang Dr Mahathir ziarah kubur arwah ayah


The Malaysian Insight

NIK Omar menghormati keputusan keluarga menghalang Dr Mahathir Mohamad daripada menziarahi kubur arwah ayahnya yang juga ikon PAS Kelantan Niz Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Omar, yang akan bertanding menentang parti PAS, berkata tiada masalah dengan keputusan keluarganya untuk menghalang Dr Mahathir, yang merupakan calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) daripada melawat kubur ayahnya awal pagi ini di Pulau Melaka.

“Saya hormat keputusan keluarga. Tidak ada masalah. Saya hormat keputusan Nik Adli,” kata Nik Omar kepada pemberita selepas menghadiri acara di Kota Baru.

Nik Adli, adik kepada Nik Omar, dilaporkan mengunci pintu pagar kubuar pagi ini selepas mendengar khabar yang Dr Mahathir ingin melawat.

Nik Omar berselisih dengan keluarganya selepas membuat keputusan bertanding atas tiket PH di Chempaka - kerusi yang pernah disandang arwah ayahnya, bekas menteri besar Kelantan, selama tujuh penggal.

PAS menghadapi persaingan daripada PH dan Barisan Nasional dalam usahanya untuk mempertahankan Kelantan yang mana telah diperintah parti Islam itu sejak 28 tahun lepas.

Dr Mahathir berkata tidak mahu mempolitikkan insiden itu, sambil menambah yang beliau akan mengunjungi kubur arwah Nik Aziz selepas pilihan raya.

“Semalam, saya ziarah kubur (bekas presiden PAS) Fadzil Noor (di Kedah)

“Beliau sahabat saya sebelum beliau menyertai PAS. Beliau banyak beri saya nasihat keagamaan,” katanya. – 6 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen