PENGUNDI Langkawi nekad mahu memilih Dr Mahahthir Mohamad - orang yang telah banyak berjasa membangunkan dan menjadikan pulau itu terkenal di serata dunia - walaupun ditawarkan berbagai imbuhan oleh Barisan Nasional (BN).
Pada Jumaat, perdana menteri sementara Najib Razak dalam kempen pertamanya di Langkawi menawarkan berbagai insentif bagi meningkat status ekonomi rakyat pulau yang sinonim dengan kisah Mahsuri itu.
Beliau antaranya berjanji akan memperuntukkan RM100 juta untuk membantu rakyat Langkawi dalam industri pelancongan dengan membina lebih banyak kedai, hotel, chalet di pulau Cenang.
berhasrat untuk menjadikan pulau itu sebagai hub sukan, Najib berkata terdapat pelan untuk membina litar motorsikal lasak bagi peminatnya.
Imbuhan ini, bagaimanapun, tidak merubah sokongan rakyat terhadap Dr Mahathir - yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Peniaga Haniff Mokhtar, 30, berkata sudah tiba masanya Langkawi ditadbir semula Dr Mahathir.
“Kami mahu pulangkan semula (pentadbiran) Langkawi pada Dr Mahathir kerana jasanya yang lebih banyak terhadap pulau ini berbanding Najib.
“Di bawah (pentadbiran) Najib, rakyat terhimpit dengan kos sara hidup.
“Langkawi adalah milik beliau (Dr Mahathir) kereana beliau membangunkannay dan meningkatkan statusnya di peringkat antarabangsa,” kata Haniff.
Walaupun sibuk dengan jadual padat menjelajah ke seluruh negara bagi mempromosikan PH, Dr Mahathir yang juga pengerusi gabungan pembangkang itu, selalu mengambil berat mengenai masalah rakyat Langkawi.
Pemimpin berusia 92 tahun itu akan kembali ke pulau tersebut esok dan akan berada di situ sehingga hari membuang undi pada 9 Mei.
Pengusaha kereta sewa Abdullah Din, 25 yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bula lepas mengeluh mengenai kenaikan kos sara hidup di Langkawi.
“Saya dengar ada hadiah diberikan tetapi saya tidak ambil.
“Keinginan saya adalah untuk memilik empat cahaya mata tetapi memandangkan keadaan sekarang, kami tak rasa kami mampu. Dua orang atau seorang anak sudah mencukupi.
“Semua barang mahal, termasuk susu untuk anak-anak dan barangan lain,” katanya.
Abdullah berkata membawa keluarga makan di luar tidak murah seperti dulu yang berharga RM40 untuk empat orang tetapi kini sudah meningkat kepada RM80 ekoran pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Malah katanya penududuk di pulau itu memilih Dr Mahathir berbanding Najib.
“Jika beliau (Dr Mahathir) menang di sini, dan jika beliau tidak selalu di sini, kami tidak kisah. Kerana kami faham beliau perlu menjaga negara.
“Apa yang kami mahukan daripada beliau adalah peluang lebih banyak untuk orang muda, mansuhkan GST dan meningkatkan industri pelancongan,” katanya.
Penyambut tetami Athirah Azahar, 23 berkata beliau memilih Dr Mahathir berbading Najib walaupun pemimpin BN untuk berjanji untuk membangunkan Langkawi.
“Pengaruh Dr Mahathir di sini kuat dan semua orang suka beliau.
“Kami tidak pasti dengan Najib tetapi Dr Mahathir adalah satu-satunya pemimpin yang boleh membawa Langkawi ke tahap lebih tinggi seperti yang dilakukanya sebelum ini.
“Cara berfikir dan berucap beliau lebih tinggi mutunya daripada orang lain yang saya pernah jumpa,” katanya. – 6 Mei, 2018.
Komen