Sengketa 2 presiden parti gabungan Sarawak bersifat peribadi, kata penganalisis


Desmond Davidson

Tiong King Sing sempat menyindir Sim Kui Hian yang terkenal dengan kata "tengok saja". – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Disember, 2023.

PERMUSUHAN antara dua presiden parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) antara Menteri Pelancongan Tiong King Sing dengan Timbalan Premier Sarawak Sim Kui Hian kini sudah menjadi peribadi.

Persengketaan keduanya berpunca daripada apa yang disifatkan penganalisis dari Asia Universiti Tasmania James Chin sebagai Tiong “mencuri” kerusi Dudong daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada pilihan raya negeri 2021.

‘Masalah banjir kilat dan banjir besar’ di Dudong menyebabkan Tiong sebagai Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Sim, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) saling memaki hamun semasa persidangan dewan undangan negeri, minggu lalu.

Tebatan banjir adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak pimpinan Sim.

Tiong, ketika membahaskan belanjawan negeri 2024 mendakwa rakyat di kawasannya bukan sahaja bosan dengan masalah banjir kilat yang kerap berlaku, mereka juga sudah muak dan kecewa menanti pihak berkuasa menyelesaikan isu itu.

Beliau kemudiannya menyelar Sim berkait “lawatan sambil belajar” pengurusan sumber air dan dasar kawalan air ke Denmark juga Belanda tahun ini.

Malah beliau juga menyindir ayat terkenal Sim – “tengok saja” yang sering digunakannya kepada pembangkang DAP bagi menggambarkan ketidakmampuannya membantu rakyat.

“Sampai hari ini saya cuma hari-hari tengok saja banjir,” apa yang diberitahu rakyat di kawasannya, beritahu Tiong kepada dewan.

“Tengok saja tanaman mereka tenggelam, tengok saja mereka rugi besar, tengok saja dia punya rumah, barang-barangan terendam dalam air.

“Tengok saja ini isu bila boleh diselesaikan.”

Sim dalam jawapan kementeriannya berkata Majlis Perbandaran Sibu (SMC) dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC) yang mentadbir Dudong, masing-masing menerima RM2.77 juta dan RM5.46 juta namun peruntukan itu untuk menaik taraf dan membaik pulih jalan juga laluan pejalan kaki serta menyediakan lampu jalan.

Sim berkata memandangkan dana itu tidak mencukupi untuk tebatan banjir, Tiong sepatutnya mengeluarkan dana sendiri dan mencontohi apa yang dilakukan oleh pendahulunya dengan menambah dana daripada dana RM5 juta bagi Program Transformasi Luar Bandar (RTP). – 7 Disember, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen