PENGERUSI Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad menerima sokongan daripada semua kaum untuk menjadi perdana menteri ketujuh, kata Daim Zainuddin.
“Orang Melayu skokong mereka kerana mereka percaya beliau akan jadi perdana menteri, Cina sokong, India pun sokong,” katanya pada sesi temu bual dengan Apa Khabar TV yang dimuat naik di Facebook.
Daim yang merupakan meteri kewangan dalam kabinet Dr Mahathir pada dua program ceramah berkata Dr Mahathir tiada masalah untuk menerima idea dan nasihat daripada pemimpin muda.
“Saya lihat penasihat beliau pun ramai orang muda sekarang, beliau sanggup dengar, beliau panggil orang India, orang Cina.
“Apa yang kita mahu ialah kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab. Jika kita mahu jadi pemimpin, kita mesti bertanggungjawab dan tidak boleh berbohong kepada rakyat,” katanya.
Beliau turut menggesa masyarakat Melayu agar tidak membuat kesilapan dengan mengundi pemimpin yang korup, dan mengatakan mereka perlu memilih parti atau pakatan yang berjuang untuk kepentingan semua rakyat.
“Kita tak boleh cari alasan hanya sebab kita Melayu kita perlu bersatu. Agama lebih penting daripada Melayu, agama bukan hanya mengenai Melayu.
“Jangan buat kesilapan rasuah itu tidak apa selagi orang Melayu bersatu. Akhirnya, medan perjuangan adalah medan idea, jiak kita belajar perkara baik yang memberi faedah kepada rakyat, rakyat boleh menerimanya,” katanya.
Semalam, Daim dipecat oleh Umno bersama bekas menteri Rafidah Aziz berhubung penyertaan mereka dalam kempen Pakatan Harapan yang diketuai oleh Dr Mahathir.
Daim sebelum ini muncul pada kempen jelajah calon PH, termasuk Dr Mahathir yag merupakan calon Langkawi di Kedah.
Pada Jumaat, Daim dan Rafidah berkongsi pentas di Melaka, mereka menggesa sokongan kepada Dr Mahathir untuk menyingkirkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 9 Mei. – 6 Mei, 2018.
Komen