TIADA kerja-kerja membaiki jalan di kedua-dua laluan antara Malaysia dan Singapura pada hari mengundi.
Jurucakap Plus Expressway berkata terdapat penangguhan sementara kepada semua kerja-kerja terbabit di Causeway dan Link Kedua di Tuas antara 5 Mei dan 13 Mei.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai gambar yang viral mendakwa kerja pembaikan jalan sedang dijalankan di Causeway dan ia akan menyusahkan warga Malaysia yang bekerja di Singapura untuk balik mengundi pada 9 Mei.
“Gambar berkenaan mugkin gambar lama kerana Jumaat lepas, jalan raya di kawasan berkenaan sudah diturap,” katanya memetik laporan The Star.
Menurutnya, kerja-kerja pembaikan itu akan bersambung selepas 13 Mei.
Tambahnya, jentera berat yang digunakan untuk kerja-kerja pembaikan itu ditinggalkan berhampiran kawasan lebuh raya, tanpa meghalang lalu lintas.
Beliau turut menggesa semua pihak agar tidak mempolitikkan perkara itu dan menyebarkan berita palsu.
Dianggarkan terdapat 300,000 rakyat Malaysia berulang alik ke Singapura untuk bekerja setiap hari. – 6 Mei, 2018.
Komen