WALAUPUN ketika berada pada masa yang sukar, Permatang Pauh masih kekal dipegang PKR dan Anwar Ibrahim.
Pada pilihan raya 2004, yang mana terdapat gelombang sokongan untuk Barisan Nasional, hanya kerusi itu yang dimenangi parti berkenaan.
Dengan anak sulung pemimpin PKR Nurul Izzah bertanding di kerusi itu kali ini, persoalannya hanya jumlah majoriti undi.
Nurul Izzah mungkin bertanding dalam pertembungan tiga penjuru tetapi menurut pengarah eksekutif Ilham Centre Hisommuddin Bakar, yang menjalankan pemerhatian terhadap kerusi majoriti Melayu yaang mempunyai 81,789 pengundi, Nurul Izaah mempunyai pengaruh yang cukup untuk mengekalkan kerusi itu.
“Senario paling teruk untuk PH di kerusi itu adalah pengurangan majoriti,” katanya kepada Malaysia Decides.
Bekas ahli Parlimen Lembah Pantai itu, menggantikan ibunya yang juga pengerusi PH dan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang menang dengan 8,841 undi pada pilihan raya kecil 2015.
Penggal kali ini Wan Azizah akan bertanding di kerusi Pandan di Selangor.
Pada pilihan raya 2013, Anwar Ibrahim menang kerusi itu dengan 11,721 undi. Beliau hilang kerusi itu selepas didapati bersalah dan dipenjarakan atas sabitan kes liwat II.
Calon Barisan Nasional dan PAS adalah Mohad Zaidi Mohd Said dan Afnan Hamimi Taib Azamuddeen.
Hisommuddin berkata, populariti Nurul Izzah memberikan impak besar kepada calon PH di tiga kerusi negeri di Permatang Pauh - Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir juga boleh menang dengan bantuan pengaruhnya.
“Terdapat rungutan di Penanti dan Seberang Jaya mengenai khidmat penyandangnya yang juga dari PH. Namun mereka tidak akan terjejas sekiranya sama-sama mengikut gelombang itu,” katanya.
Penyandang Dr Norlela Ariffin bagu kerusi Penanti dan Dr Afif Bahardin bagi Seberang Jaya - kedua-duanya dari PKR - mempertahankan kerusi mereka bagi penggal kedua. Norlela mememnahgi kerusi itu dengan 2, 339 undi manakala Dr Afif menang dengan 2,459 undi pada PRU13. – 6 Mei, 2018.
Komen