CUCU kepada salah seorang pemimpin paling disegani di Malaysia Dr Ismail Abdul Rahman malam ini menggesa masyarakat Melayu agar tidak terpedaya dengan kata-kata Umno bahawa masyarakat itu akan dipinggirkan sekiranya pembangkang menawan Putrajaya.
Tariq Ismail berkata orang Melayu tidak akan hilang apa-apa hak atau raja-raja Melayu.
“Raja-raja Melayu tidak akan terjejas dan kita tidak akan terpinggir. Hanya Umno yang menipu masyarakat untuk mengekalkan kuasa,” katanya pada sesi ceramah di dewan komuniti TTDI bagi menyokong calon Segambut Hannah Yeoh.
Beliau yang juga ahli majlis tertinggi Bersatu berkata, amat sukar untuknya bercakap pada ceramah menentang Umno, yang merupakan parti datuknya.
“Kawasan ini dinamakan sempena datuk saya. Beliau bersama Umno dan saya juga bersama Umno sebelum ini tetapi saya menolak.
“Perdana meenteri juga saudara saya tetapi berkenaan prinsip sahaja saya menolak beliau dan menentangnya,” katanya kepada hadirin.
Antara penceramah lain yang turut hadir malam ini adalah bekas menteeri perdagangan antarabangsa dan industri Rafidah Aziz, peguam terkenal Ambiga Sreenevasan, calon PH Segambut Hannah Yeoh dan anak kepada mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo. – 5 Mei, 2018.
Komen