Facebook live: bawa perubahan pada PRU14?


The Malaysian Insight

CERAMAH Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya yang disaksikan lebih 50,000 orang secara langsung melalui Facebook pastinya satu rekod di Malaysia.

Angka berkenaan mungkin lebih tinggi berbanding ahli politik pembangkang yang lain dan petugas parti turut menyiarkan secara langsung di laman Facebook masing-masing.

Siaran langsung Facebook sudah menjadi medium pilihan pada ilihan raya kali ini berikutan ribuan rakyat Malaysia setia mengikuti perkembangan kempen ahli politik.

Apa yang diperlukan hanyalah telefon pintar, talian internet yang baik dan seseorang itu boleh menonton ceramah Lim Guan Eng di Pulau Pinang atau ahli partinya Liew Chin Tong di Ayer Hitam, Johor.

Kerana Facebook adalah global, siarannya juga boleh diakses ribuan rakyat Malaysia di luar negara sekaligus menyalurkan maklumat kepada mereka mengenai apa yang berlaku di Malaysia pada saat akhir menjelang hari mengundi pada 9 Mei.

“Dapat mendengar ceramah, dan merasai mood khalayak di sana, amat hebat,” kata Sam Wong yang tinggal di Perth, Australia.

“Berada beribu batu kini bukan lagi halangan untuk menjadi sebahagian daripada demam pilihan raya, walaupun hanya terpencil,” katanya.

Penganalisis politik Mohamad Sayuti Omar berkata, Facebook telah menjadi alat mengkritik kepada parti, terutamanya pembangkang yang tiada akses kepada media arus perdana.

“Mengikut kajian kami, terdapat 30% pengundi yang mengikuti perkembangan calon dan ceramah mereka menerusi siaran langsung ini,” katanya.

Muhamad Sayuti juga sedia maklum bahawa generasi yang lebih berusia di kawasan pendalaman di Malaysia mungkin tidak memiliki Facebook tetapi anak-anak mereka akan membawa mesej ini kepada ibu bapa mereka.

Saluran TV Media Oren melaporkan secara penuh setiap acara Pakatan Harapan. – 6 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen