Kurang jentera akar umbi, Pakatan guna ceramah mega 


The Malaysian Insight

MENYEDARI kelemahan dalam menggerakkan jentera akar umbi, Pakatan Harapan (PH) menggunakan perhimpunan politik berskala besar yang mengetengahkan pemimpin-pemimpin terkenal mereka untuk menyebarkan mesej kepada pengundi menjelang pilihan raya umum akan datang.

Kekurangan dana dan jentera bermakna PH tidak dapat menandingi Barisan Nasional dalam menggerakkan sokongan di lapangan bagi sebarang program atau kempen rumah ke rumah.

“Dengan menganjurkan jelajah seluruh negara atau ceramah mega, pengundi atas pagar akan dapat menyaksikan kekuatan kita dan ini akan mempengaruhi mereka untuk mengundi PH pada Pilihan Raya Umum ke 14,” kata seorang pemimpin PH.

“Sudah tentu lebih baik sekiranya kami mempunyai jentera yang kuat di lapangan, tetapi kami masih baru dan tidak mempunyai sumber dan kekuatan dana sebagaimana Umno dan BN.”

PH sudah pun mengadakan perhimpunan gergasi di Kedah, Terenggau, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor.

Ceramah mega ini mengetengahkan pemimpin utama PH seperti bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng.

Baru-baru ini, bekas ahli kabinet dan veteran Umno Daim Zainuddin dan Rafidah Aziz juga turut memulakan kempen untuk PH.

Pengarah strategik Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata jelajah seluruh negara PH yang mengetengahkan beberapa bekas pemimpin seperti Daim dan Rafidah telah memberikan rasa selamat dan keyakinan kepada pengundi bahawa pembangkang sudah legkap untuk mengambil alih kerajaan selepas PRU14.

“Walaupun kami kalah dari segi jentera akar umbi, BN tidak mampu menandingi jelajah kami ke seluruh negara.

“Program sesi bertemu rakyat boleh mempengaruhi pengundi atas pagar untuk menyokong kami. Selain itu, saya yakin kita mampu melakar sokongan daripada penyokong Umno dan PAS,” kata calon kerusi Parlimen Kuala Selangor itu.

Namun begitu, jentera yang kuat masih diperlukan pada hari mengundi bagi memastikan pengundi tiba ke pusat mengundi.

Pakar dan pengulas politik percaya lebih 85% pengundi diperlukan untuk mengundi pada 9 Mei kepada pembangkang bagi memberi peluang menumbangkan BN.

Jadi, ketika perhimpunan politik mega menjadi kejayaan luar biasa kepada PH, ia masih perlu memastikan adalah kekurangan jentera di lapangan akan memberi kesan kepada mereka pada hari mengundi.

Sejarah pasti ia tidak menyebelahi mereka. – 6 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen