Rais Yatim masih disiasat, kata setiausaha agung Umno


The Malaysian Insight

HANYA Daim Zainuddin dan Rafidah Aziz yang dipecat daripada Umno, sementara Rais Yatim masih disiasat oleh parti, kata Setiausaha Agung Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata demikian kepada The Star bagi menjelaskan mengenai laporan sebelum ini mengatakan semua bekas menteri Umno dipecat kerana menyokong pembangkang.

“Tidak jelas jika (Rais) bercakap menentang parti. Kita perlu membuktikan sekiranya beliau berpakat dengan pembangkang untuk menjejaskan kemenangan Barisan Nasional, “katanya dipetik sebagai berkata.

Ketiga-tiga mereka mengkritik Umno dan kerajaan serta perdana menteri sementara Najib Razak tetapi hanya Daim dan Rafidah yang berkempen secara terbuka di ceramah Pakatan Harapan (PH).

Kedua-dua veteran Umno itu menyertai pengerusi dan calon perdana menteri PH Dr Mahathir Mohamad di program ceramah di Melaka malam tadi.

Rais setakat ini menyuarakan pendapat di platform media sosialnya tetapi masih tidak dilihat di mana-mata pentas ceramah.

Tengku Adnan berkata Daim dan Rafidah seharusnya tahu akibat yang akan berlaku.

“Kami percaya pada konsep walak (kesetiaan) yang bermaksud anda taat kepada pemimpin anda… Jadi, bagaimanakah anda boleh tikam belakang kami?” katanya. – 5 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen