MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu mulai esok


MetMalaysia mengeluarkan amaran itu bagi Kelantan dan Terengganu sahaja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 November, 2023.

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu mulai esok hingga Ahad ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Di Terengganu kawasan terlibat ialah Besut, Setiu dan Kuala Nerus, demikian menurut kenyataan itu. – Bernama, 30 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen