Jeda kemanusiaan di Gaza dilanjutkan sehari lagi


Aktivis Palestin Ahed Tamimi berpelukan dengan ahli keluarganya sebaik tiba di Ramallah selepas dibebaskan dari penjara tentera Israel. – Gambar EPA, 30 November, 2023.

JEDA kemanusiaan sementara di Semenanjung Gaza dilanjutkan sehari lagi hari ini.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar Majid A-Ansari memberitahu Agensi Berita Qatar (QNA) jeda kemanusiaan itu dilanjutkan untuk tempoh sehari lagi mengikut syarat yang sama, lapor Agensi Anadolu.

Persetujuan mengenai lanjutan itu dicapai menerusi rundingan membabitkan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

Beliau berkata rundingan masih diteruskan bagi mencapai gencatan senjata yang berkekalan di wilayah berkenaan. – Bernama, 30 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen