DAP Sarawak telah menurunkan papan tanda yang memaparkan wajah perdana menteri sementara Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor namun menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan apa yang menyebabkan papan tanda itu menyinggung.
Papan tanda berkenaan yang di padang di tengah-tengan bulatan di kawasan perumahan Taman BDC berhampiran lapangan terbang Kuching memaparkan perkataan “Undi Sim Kui Hian = Undi Najib & Rosmah”. Mesej itu turut ditulis dalam bahasa Cina.
Sim merupakan penyandang kerusi itu mewakili BN dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di Stampin. Calon Pakata Harapan di kerusi berkenaan adalah ketua DAP negeri Chong Chieng Jen.
Chong yang juga ketua PH negeri itu berkata, DAP sebelum ini meminta pegawai SPR menutup wajah Rosmah kerana beliau bukan calon kerusi Parlimen Stampin.
Arahan untuk menurunkan papan tanda itu kemudiannya dikeluarkan, yang mana Chong percaya ia hasil daripada aduan dari BN kepada pengarah SPR negeri.
Chong berkata jika benar mesej berkenaan menyinggung, ia hanya perkara yang “benar”.
“Apa yang kami paparkan adalah benar. Kami hanya menyatakan fakta.
“Undi untuk Sim adalah satu undi untuk Umno dan satu undi untuk Najib. Oleh kerana kedudukan Rosmah dan pengaruhnya ke atas Najib, jadi ia juga satu undi untuk Rosmah.”
Chong turut mempersoalkan mengapa SUPP “terlalu takut dikaitkan dengan Najib”. PH dalam kempennya turut mempersoalkan mengapa SUPP juga menjauhkan diri daripada Najib dan dakwan rasuah terhadapnya. – 5 Mei, 2018.
Komen