SETIAUSAHA Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan dua pemimpin veteran parti itu, bekas menteri Kabinet, Daim Zainuddin dan Rafidah Aziz dipecat daripada parti
Laporan lidah parti Umno, Utusan Malaysia menyebut, keputusan itu dibuat oleh lembaga disiplin Umno kerana Daim dan Rafidah didapati bersekongkol dengan pembangkang.
“Mengikut perlembagaan parti mereka sebagai veteran Umno tahu yang tindakan mereka itu salah apabila berceramah di atas pentas pembangkang,” katanya seperti dipetik Utusan,
Beliau juga mengesahkan seorang lagi pemimpin veteran, penasihat kerajaan bertaraf menteri, Rais Yatim kini disiasat.
Daim dan Rafidah semalam menyertai kempen Pakatan Harapan (PH) di Bukit Katil, Melaka, dengan berucap dalam acara yang menampilkan pengerusi gabungan parti tersebut, Dr Mahathir Mohamad. – 5 Mei, 2018.
Komen