DUA orang calon perdana menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) – penyandang Najib Razak dan mentor yang kini musuhnya, Dr Mahathir Mohamad – memperhebatkan lagi perang media digital dan sosial menjelang pemilihan Rabu ini.
Daripada membuat penampilan dalam talian, kepada siaran langsung di Facebook, gabungan Barisan Nasional (BN) dilihat mendahului pertempuran digital, walaupun jurangnya semakin kecil sejak kempen bermula secara rasmi pada 28 April, kata The Straits Times dari Singapura.
Najib dan Dr Mahathir dilaporkan secara kolektif menarik ulasan media sosial paling banyak berbanding semua parti utama yang disatukan, kata laporan itu.
Menurut Digimind, syarikat analisis media sosial, Najib disebutkan lebih banyak berbanding semua ketua parti utama lain di media sosial, dan juga mempunyai peratusan disebut dengan komen positif.
“Perkongsian suara Najib Razak sebanyak 53% ... boleh dikaitkan dengan perbincangan mengenai pembubaran Parlimen, kelulusan undang-undang berita palsu yang ditafsirkan sebagai percubaan untuk membendung kebebasan bersuara sebelum pilihan raya, bertukar daripada beras kepada quinoa, dan temu bual Bloomberg mengenai kontroversi 1MDB pada akhir April,” kata Digimind dalam laporan yang dihantar kepada The Straits Times.
Tetapi rekod terbaharu menunjukkan Dr Mahathir, 93 tahun, sedang mengejar dengan pantas.
Walaupun Najib meraih 51% sebutan sehingga 28 April, beliau kini hanya menyumbang 45% daripadanya. Komen positif turun daripada 52% sebelum ini kepada 49% pada 29 April-4 Mei timespan.
Daripada 28% perkongsian sebelum 28 April, Dr Mahathir kini mencapai 38%. Separuh daripada komen yang menyebut namanya adalah positif, naik daripada 48%.
BN mengakui lewat dalam memasuki perang digital, yang sebahagian besarnya didominasi oleh pembangkang dalam dua pilihan raya lalu.
Parti pemerintah kehilangan undi popular pada 2013, tetapi berjaya meneruskan kuasa. – 5 Mei, 2018.
Komen