TOKOH veteran Umno, Rafidah Aziz berharap gelombang rakyat di majlis Pakatan Harapan akan bertukar jadi undi pada hari pengundian Rabu depan.
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industry itu membuat penampilan sulung di ceramah PH di Melaka malam semalam bersama-sama bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin.
Kedua-dua mereka mengejutkan banyak pihak apabila secara terbuka berkempen untuk pembangkang pada pilihan raya umum kali ini.
Rafidah berkata sejak sedekad lalu, Malaysia tidak dijada baik oleh pengurusan “kontraktor”, istilah yang digunakannya untuk merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional.
“Ada perasaan sama, perjuangan sama dalam kalangan ahli dan penyokong PH untuk mengubah pengurusan Malaysia,” katanya kepada Malaysia Decides selepas ceramah malam tadi.
Beliau bagaimanapun enggan memberikan ramalan keputusan pilihan raya.
Beliau hanya berharap rakyat melakukan perubahan dengan menunaikan tanggungjawab mengundi mereka. – 5 Mei, 2018.
Komen