Ahli Parlimen gesa KPM siasat isu larang nyanyian lagu tradisi Tamil


Ravin Palanisamy

Ahli Parlimen Batu P Prabakaran berkata insiden di Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang minggu lalu perasaan masyarakat India dan satu diskriminasi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 November, 2023.

BEBERAPA ahli Parlimen India hari ini mengecam mereka yang bertanggungjawab melarang peserta menyanyikan lagu tradisi Hindu serta mengeluarkan gambar penyair Tamil dari kain rentang di Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Pulau Pinang minggu lepas.

Mereka menggesa menteri pendidikan menyiasat perkara itu mengenai sekatan lagu “Kadavul Valthu” (lagu agama) dan “Tamil Valthu” daripada acara itu, dan tindakan mengeluarkan gambar ahli falsafah Tamil dan ikon sastera Thiruvalluvar daripada sepanduk karnival itu.

Kedua-dua lagu agama itu dinyanyikan secara berkala pada majlis perasmian acara Tamil.

Ahli Parlimen Batu P Prabakaran berkata tindakan sedemikian melukakan perasaan masyarakat India, sambil menambah ia adalah tindakan diskriminasi.

Beliau meminta pihak yang bertanggungjawab atas kejadian itu memohon maaf berhubung perkara itu.

“Lagu ini menjadi sebahagian daripada tradisi sekolah Tamil. Mengapakah kementerian terlibat dalam hal agama kaum India?” soal Prabakaran.

“Ini adalah satu diskriminasi besar dan juga ketidakadilan untuk sekolah Tamil serta masyarakat India,” katanya di Parlimen hari ini.

Mengenai penyingkiran gambar penyair Tamil dari sepanduk itu, Prabakaran berkata malah Perdana Menteri Anwar Ibrahim memetik ikon terkenal itu semasa ucapan Belanjawan 2024 di Parlimen bulan lepas.

“Apa niat kamu sebenarnya? Kenapa ada isu sensitif sebegitu di sekolah Tamil?

“Walaupun PMX (gelaran popular untuk Anwar sebagai perdana menteri Malaysia ke-10) memperkasakan bahasa Tamil, ini kelihatan seperti sabotaj daripada orang dalam kementerian itu sendiri.

“Saya mohon menteri (Fadhlina Sidek) menyiasat dan saya menggesa jabatan itu memohon maaf kepada masyarakat India atas kejadian yang berlaku minggu lalu. Tindakan juga perlu diambil,” tambahnya. – 27 November, 2023.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen