Tian Chua sokong calon bebas kerusi Batu


The Malaysian Insight

PENYANDANG kerusi Parlimen Batu Tian Chua menerima pelajar undang-undang berusia 22 tahun P Prabakaran, dan menggesa penyokong pembangkang agar menafikan kerusi kepada Barisan Nasional dengan mengundi calon bebas.

“Selain PKR terdapat “kunci” untuk ke Putrajaya. Simbolnya mungkin menjadi kunci, tetapi beliau kini dalam keluarga Pakatan Harapan,” kata Tian Chua yang merupakan naib presiden PKR kepada 500 penyokong di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur malam ini.

“Barisan Nasional mungkin mahu kalahkan saya, tetapi mereka yang akan kalah. Mari kita pastikan kemenangan di Batu,” katanya diikuti sorakan “Reformasi”.

Tian Chau berkata beliau akan meneruskan rayuan berhubung kehilangan kelayakannya di Mahkamah Rayuan. Tian Chua hilang kelayakan utnuk bertanding di kerusi Batu pada hari penamaan calon. Rayuannya di Mahkamah Tinggi semalam ditolak dan dinasihatkan untuk memfailkan saman dengan cara petisyen pilihan raya.

“Ini akan mengambil masa dan saya minta semua penyokong saya bersabar,” kata Tian Chua.

“Bagaimanapun, ini janji saya kepada semua pengundi di Batu. Saya akan sentiasa bersama Praba untuk menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen.

“Saya tidak akan tinggalkan Batu. Saya komited dengan Batu dan akan sentiasa bersama Batu. Dan saya ingin beritahu kamu, saya akan kembali.”

Beliau turut mengimbas bagaimana pasukannya mendekati Prabalaran, dengan syarat beliau menyokong agenda Pakatan Harapan utnuk perubahan.

“Saya tidak mengenali Prabakaran sebelum ini. Beliau datang hanya dengan 10 penyokong di pusat penamaan calon.

“Saya sudah bertemu Prabakaran dan ibu bapanya. Saya tanya beliau: Mengapa kamu mahu bertanding pada pilihan raya? Beliau cakap beliau berminat untuk menyertai politik dan mahu merasakan bagaimana rasanya menjadi calon dalam proses demokrasi.

“Beliau sanggup menyertai proses politik. Saya suka orang muda seperti ini.” kata Tian Chua.

Katanya pada era Reformasi 1998, beliau tidak pernah terfikir untuk bertanding di kerusi Batu, namun mengikuti Dr Syed Hussin Ali untuk mempelajari caranya. Beliau memenangi kerusi Batu pada 2008 selepas tewas pada pilihan raya 2004.

“Saya ceritakan sejarah ini pada Prabakaran, Beliau tidak faham banyak perkara, tetapi beliau kata sanggup untuk belajar dari saya sebagai anak murid yang baru  sertai politik. Saya amat kagum dengan anak muda ini yang sangat terbuka pemikirannya,” kata Tian Chua.

“Mereka boleh gunakan perlabagi taktik kotor tetapi mereka tidak bleh halang saya untuk terus berjuang. Kami akan terus berjuang,” katanya diikuti laungan “Lawan tetap lawan”.

“Kita tidak boleh biarkan Batu jatuh ke tangan Barisan Nasional. Saya tahu rakyat di Batu tidak akan biarkan ia berlaku.” – 4 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen