Kunjungan Dr Mahathir ke Kelantan ujian buat Pakatan


The Malaysian Insight

DR Mahathir dijangka akan meneruskan kempennya di Kelantan esok dalam cubaan Pakatan Harapan untuk mendapatkan peluang menggantikan PAS dan Barisan Nasional sebagai pakatan dominan di negeri itu.

Tumpuan akan diberikan kepada jumlah kehadiran pada programnya esok kerana ia akan menjadi kayu ukuran sama ada PH mampu mencetuskan gelombang sokongan yang diperlukan untuk memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi bagi membentu kerajaan di Kelantan.

Ini kerana dua program Dr Mahathir akan diadakan di sebelah pagi, masa yang mampu menarik ribuan rakyat.

Dia program, yang pertama di ketereh dan kedua di Kota Bahru juga pada Ahad, yang merupakan hari bekerja di Kelantan.

Kedua-dua merupakan program sesi bertemu rakyat yang mana calon perdana menteri PH itu dijadualkan akan berucap. Beliau akan diiringi oleh Nik Omar Nik Aziz, anak sulung kepada bekas menteri besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat.

Calon PH bagi kerusi Ketereh Dr Radzi Jidin berkata beliau menyedari cabaran dalam menarik khalayak pada Ahad tetapi tambahnya, beliau yakin pengundi tetap akan hadir.

“Kita perlu bekerja dalam jadual Tun yang terhad. Kami yakin akan mendapatkan khalayak kerana pengaruhnya dalam kalangan rakyat Kelantan. Penduduk menunggu kedatangannya,” kata Radzi kepada Malaysia Decides.

Ia merupakan lawatan kedua Dr Mahathir ke Ketereh selepas beliau dan partinya Bersatu menyertai PH tahun lalu.

Tambah Radzi, kehadrian yang ramai akan meningkatkan peluang PH di kerusi marginal dan juga di seluruh negeri itu.

“Beliau memiliki aura yang mampu menarik orang Melayu dan kami harap dapat mengikut gelombang sokongan ini.”

Radzi akan menentang veteran Umno Kelantan Annuar Musa dan calon PAS Wan Ismail Wan Jusoh di Ketereh. Annuar menang tipis dengan 974 undi pada PRU13.

Pengundi Ketereh mengikut sejarah pernah beralih sokongan antara BN dan parti pembangkang. Pada 1999, ia dimenangi PKR, 2004 dimenangi BN dan pada 2008 ia kembali kepada PKR.

Kota Bharu ditandingi oleh calon PH Husam Musa, calon PAS Takiyuddin Hassan dan calon BN Fikhran Hamshi Mohd Fatmi. Takiyuddin memenangi kerusi itu dengan 15,970 undi pada PRU13. – 5 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen