Hadi terima permohonan maaf Dr Mahathir 


The Malaysian Insight

PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang menerima permohonan maaf Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya yang dianggap menghina mangsa tragedi Memali sebagai ‘mati katak’.

Menurut Abdul Hadi, beliau menganggap Pengerusi PPBM  itu terlanjur dalam berkata-kata sehingga terdorong mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Tun Mahathir bukan seorang dalam bidang agama jadi kena tanya orang dalam bidang agama.

“Kita sudah bermuzakarah sesama kita dan buat keputusan yang mangsa adalah para syuhada,” katanya pada satu program di Kuala Ibai, hari ini.

Hadi berkata, perkara itu tidak perlu dibangkitkan lagi kerana para ulama termasuk yang hidup pada masa itu sudah membuat keputusan bahawa mangsa adalah para syuhada. – 4 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen