Pemuda PKR buat laporan polis isu ugut bunuh PM di TikTok


Ravin Palanisamy

PEMUDA PKR mahu polis menahan seorang pengguna media sosial yang didakwa mengeluarkan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Timbalan ketuanya Kamil Munim berkata pengguna TikTok berkenaan menyiarkan kenyataan menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang boleh bunuh Anwar, anggota Kabinet dan ahli DAP.

“Pihak PKR Putrajaya sudah membuat laporan polis tengah hari ini, kita harap pihak berkuasa segera menjalankan siasatan dan menangkap pelakunya.

“Kami percaya komen itu dibuat dalam beberapa hari lalu, tetapi ia sudah diturunkan. Namun begitu, kami mempunyai tangkap layar komen itu,” katanya hari ini.

Beliau bercakap kepada pemberita di luar Kongres Nasional PKR 2023 di Putrajaya.

Tangkap layar ancaman TikTok, yang dibuat oleh pengguna akaun @jaiadani89, menjadi tular di media sosial. – 26 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen