Perwakilan PKR mahu Anwar diiktiraf sebagai Bapa Malaysia


Ravin Palanisamy Diyana Ibrahim

Perwakilan PKR mahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim diiktiraf sebagai Bapa Malaysia atas sumbangannya kepada seluruh negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 November, 2023.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim harus diiktiraf sebagai Bapa Malaysia atas sumbangannya kepada seluruh negara termasuk sokongan tidak berbelah bahagi dan perhatian yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak, kata perwakilan PKR hari ini.

Antakor Rasam dalam sesi perbahasannya hari ini berkata sebaik dilantik sebagai perdana menteri setahun lalu presiden PKR itu menunjukkan komitmennya untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama rata kepada Semenanjung Malaysia serta memberi keutamaan sama seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan parti.

“Dengan izin Allah, presiden PKR dilantik sebagai perdana menteri (tahun lalu).

“(Sejak itu) beliau melantik timbalan perdana menteri dari Borneo dan segera membentuk jawatankuasa teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta yang terbaru meluluskan rang undang-undang di Parlimen untuk meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) 1995 bagi membolehkan wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak menduduki keanggotaan lembaga pengarah.

“Ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana perdana menteri lain sebelum ini. Dengan itu saya rasa tidak perlu ada keraguan lagi. Anwar Ibrahim perlu dianggap sebagai Bapa Malaysia,” kata perwakilan Sabah Antakor semasa menyampaikan ucapan perbahasannya pada Kongres Kebangsaan ke-17 parti itu hari ini. – 26 November, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen