Ribuan hadirin banjiri ceramah PH di Melaka


The Malaysian Insight

RIBUAN penyokong hadir setakat ini di ceramah Pakatan Harapan (PH) yang diadakan di Bukit Katil malam ini.

Sesi ceramah ini mengetengahkan pemimpin utama PH iaitu bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Rafidah Aziz.

Antara pimpinan lain yang turut akan memberi ceramah adalah presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, seiatusaha agung DAP Lim Guan Eng dan presiden Amanah Mohammad Sabu.

Satu projektor turut dipasang bagi memudahkan hadirin mendengar ceramah yang disampaikan. Disamping itu gerai jualan yang turut dibuka menjual makanan, cendera hati serta barangan PH.

Ceramah dimulakan oleh pemimpin setempat dan ketika ia menyentuh tentang perdana menteri sementara Najib Razak, hadirin mula bersorak.

Hadirin turut memberi reaksi positif apabila pemimpin PH menyatakan sekiranya mereka diberi mandat untuk mentadbir negara, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan. – 4 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen