POPULARITI Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad di Selangor terus meningkat, kata ketua eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Dr Mohammad Redzuan Othman hari ini.
Katanya, kajian IDE yang dijalankan dari Januari hingga April tahun ini di negeri itu bagi mencari calon perdana menteri paling layak menunjukkan Dr Mahathir mendahuluinya.
Dr Mahathir mendapat 59% manakala presiden PAS Abdul Hadi Awang mendapat 14% dan perdana menteri sementara Najib Razak mendapat 27%.
“Dr Mahathir popular kerana beliau turun padang tetapi jentera parti mereka tidak kuat.
“Sekiranya mereka (PH) mau menang mereka perlu pastikan jumlah keluar mengundi tinggi di pusat mengundi di seluruh negara.
“Jika mereka gerakkan parti dengan baik, mereka akan mendaat sokongan dan menang,” katanya pada sidang media di Shah Alam.
Mohammad berkata, walaupun Najib tidak popular dan mereka mungkin tidak sukakan beliau tetapi sokongan di Selangor akan berterusan kepada Barisan Nasional.
Bagi pengundi PAS pula, kata Mohamad Hadi mungkin akan mendapat sokongan mereka sekiranya beliau tidak dianggap sebagai alat perdana menteri oleh mereka.
Mohammad juga berkata sokongan kepada PH di Selangor tahun ini meningkat dari Januari hingga April sebanyak 7%.
Populariti PH meningkat kepada 4% manakala populariti BN jatuh hingga 4% dan PAS kekal dengan 21%.
Mohammad berkata, kajian yang dijalankan ke atas pengundi atas pagar dari Januari hingga April jatuh dari 5% kepada 2%.
“Kami jangkakan tidak akan ada pengundi atas pagar pada pilihan raya kali ini, Ini kerana mereka telah pun membuat keputusan untuk mengundi parti pilihan mereka atau merosakkan undi.” – 4 Mei, 2018.
Komen