Walau berdepan tiga penjuru, PH sedia menangi Selangor, menurut kajian


The Malaysian Insight

PAKATAN Harapan sedia mengekalkan Selangor namun tanpa majoriti dua pertiga sebagaimana yang diperoleh pakatan sebelum ini Pakatan Rakyat, ramal penganalisis hari ini.

Ketua eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan, Pakatan mampu memenangi 32 kerusi di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, BN akan memenangi 24 kerusi, yang mana ia meningkat berbanding 12 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum sebelum ini.

Menurut kajian IDE yang dijalankan empat bulan bermula 2017 hingga awal tahun ini, peluang BN meningkat berikutan persempadanan semula yang dibuat yang menjadikannya taruhan yang pasti di tujuh kerusi dan mampu memenangi lagi 17 kerusi kerana pertandingan tiga penjuru.

Mohammad Redzuan berkata, walaupun isu seperti cukai barangan dan perkhidmatan dan skandal 1Malaysia Development Berhad, proses persempadanan semula telah memberi kelebihan kepada BN.

Sukar untuk BN menangi semula Selangor tetapi mereka mungkin menang lebih banyak kerusi. Ini tidak termasuk undi pos dan undi awal,” katanya pada sidang media di pejabat IDE di Shah Alam.

“PAS tidak akan berjaya menewaskan Harapan tetapi ia akan membantu BN untuk menang di beberapa kerusi dalam pertandingan tiga penjuru,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13, BN menang 12 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS menang 44 kerusi.

Katanya kajian yang dijalankan dari Ogos 2017 hingga Mac tahun ini terhadap pertembungan tiga oenjuru menunjukkan 42% pengundi berkata mereka akan mengundi BN pada Ogos dan Mac. – 4 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen