DI “kerusi panas” Sungai Pinang - satu-satunya kawasan pilihan raya di Pulau Pinang yang akan menyaksikan pertembungan enam penjuru - penyandang kerusi dari Pakatan Harapan Lim Siew Khim berang selepas sati klip video yang mendakwa beliau “menipu” penduduk kampung yang terjejas kerana pembangunan.
Rakannya R.S.N Rayer, yang merupakan calon kerusi Parlimen Jelutong, mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung video yang dikaitkan dengan Barisan Nasional (BN) itu.
Video terbabit disedari oleh Lim hari ini adalah berkaitan masalah pengusiran di kampung Jelutong Barat. Kampung berkenaan berdepan masalah itu sejak awal 2013 sebelum Lim dipilih pada pilihan raya umum tahun yang sama.
Video terbabit yang bersuara latar individu tidak dikenali, mendakwa Lim memberitahu penduduk kampung bahawa tuan punya tanah - pemaju - tidak mempunayi unit rumah mencukupi untuk ditawarkan kepada mereka sebagai pampasan, dan menipu penduduk kampung tentang borang pampasan perumahan kerajaan negeri.
Ia turut mendakwa rumah mereka dalam keadaan yang daif dan longkang di kampung itu tidak pernah dibersihkan.
“Kerajaan negeri roket (diterajui DAP) tidak pernah membantu penduduk di sini selama dua penggal,” kata lelaki terbabit dalam klip vodeo berdurasi empat minit
mengenai “tragedi Jelutong Barat”.
Video terbabit turut memaparkan calon BN Ng Fook On bercakap mengenai bagaimana penduduk di sana bimbang dan merasa ditipu, dan beliau percaya beliau dan pasukannya boleh menyelesaikan kebimbangan penduduk kampung. Video terbabit berakhir dengan pesanan kepada pengundi untuk mengundi BN.
Lim berkata suara latar video terbabit adalah rakan sekolahnya di sekolah cawangan Beng Teik dan menambah lelaki terbabit sering menimbulkan masalah sejak Adun Sungai Pinang Koid Teng Guan memegang jawatan itu bermula 2008 hingga 2013.
“Belia tidak mengatakan bahawa (bekas Ahli Parlimen Jelutong Jeff) Ooi dan saya yang campur tangan dan mendapatkan enam buah rumah pampasan kepada penduduk selepas mereka disaman di mahkamah oleh pemaju.
“Beliau tidak oeduli apa yang telah kami lakukan. Kami turut mengadakan gotong-royong di kampung ini dan meminta majlis bandaraya untuk membersihkan kampung dan mendenda pemilik tanah yang ingkar,” katanya dan menambah tidak wujud sebarang borang pampasan daripada kerajaan negeri.
Apabila Lim dan Ooi campur tangan, mereka membawa peguam Malkit Singh Randhawa untuk berunding dengan syarikat oemaju, yang telah menarik balik saman dan bersetuju menawarkan rumah atau wang pampasan sebagai ganti.
“Pemaju hanya mahu berikan RM25,000. Kami runding sehingga pampasan naik kepada RM72,500,” katanya.
“Rakyat masih bokeh tinggal di situ. Pemaju tidak lagi menghalau mereka kerana masih belum majukan tanah berkenaan,” tambahnya.
Rayer berkata persetujuan pampasan, yang turut merangkumi kos pemindahan RM2,000 dan sewa bulanan RM500 sudah dirangka untuk projek di masa akan datang bagi melindungi kepentingan penduduk kampung apabila mereka diminta berpindah.
Dengan segala apa yang mereka lakukan untuk penduduk, Rayer yang merupakan seorang peguam, bertanya kepada Ng sama ada beliau menyatakan Lim dan Ooi menipu penduduk kampung.
“Saya berikan 48 jam untuk jawab. Sekiranya gagal, kami akan saman,” katanya.
Lim berkata, pertandingan untuk mempertahankan kerusi Sungai Pinang, yang mempunyai 26,917 pengundi terdiri daripada 51.5% pengundi Cina diikuti pengundi Melayu (34%) dan India (13.8%) sangat sengit kerana bileh kehilangan undi kepada calon PAS, Malaysian United Party, Parti Sosialis Malaysia dan calon bebas yang turut bertanding di kerusi itu.
“Ia akan menjadi sukar, tetapi saya percaya rakyat tahu apa yang telah kita lakukan di Sungai Pinang,” kata ahli politik DAP itu yang memenangi kerusi berkenaan dengan 4,707 undi pada 2013. – 4 Mei, 2018.
Komen