WALAUPUN pengamal undang-undang bersetuju dengan keputusan mahkamah sebelum ini bahawa hanya denda lebih RM2,000 boleh menyebabkan seseorang wakil rakyat itu hilang kelayakan, mereka bagaimanapun bercanggah pandangan berhubung bidang kuasa mahkamah tinggi sivil untuk mendengar kes hilang kelayakan sebagai calon.
Pengamal undang-undang mengulas mengenai kes membabitkan penyandang kerusi Parlimen Batu Chua Tian Chang, yang hilang kelayakan untuk bertanding pada Sabtu disebabkan oleh denda sebanyak RM2,000 yang dikenakan terhadapnya dalam kes pada 2017.
Chua menuntut pengisytiharan yang beliau layak untuk dicalonkan namun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan yang ia tiada bidang kuasa untuk menentukan kesahihan tindakan pegawai bertugas menolak pencalonan tersebut.
Hakim sebaliknya membuat keputusan supaya Chua memfailkan tindakan undang-undangnya melalui petisyen pilihan raya.
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Malaysia Andrew Khoo berkata semakan kehakiman ditolak kerana kes berkenaan dibangkit dalam konteks pencalonan pilihan raya.
“Ada mahkamah berasingan untuk membangkit isu seumpama itu. Tetapi mahkamah perlu mengadakan sidang khas; yang mana tidak akan dilaksanakan sehingga pilihan raya tamat.”
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili calon PKR Dr S Streram dalam kes melibatkan pilihan raya yang berasingan, berkata mahkamah sivil tiada bidang kuasa berhubung perkara membabitkan pilihan raya, walaupun keputusan itu adalah “jelas salah kerana keadilan akan ditegakkan di mahkamah pilihan raya yang akan mengarahkan pilihan raya kecil diadakan secepatnya selepas perkara itu diputuskan.”
“Sebahagian besar apa yang diputuskan mahkamah adalah betul mengikut undang-undang,” katanya, sambil menambah yang semua isu membabitkan pilihan raya, dari hari pencalonan ditolak sehingga pertikaian mengenai keputusan, hanya boleh dicabar di mahkamah pilihan raya.
Petisyen pilihan raya harus difailkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 diwartakan.
Namun bagu Pengerusi Bersama Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam Negara Surendra Ananth berkata beliau tidak bersetuju dengan keputusan hakim yang petisyen pilihan raya adalah prosuder yang betul untuk mencabar keputusan yang dibuat pegawai bertugas menyebabkan Chua hilang kelayakan bertanding.
“Saya secara hormatnya merasakan mahkamah mungkin tersalah anggap,” katanya.
“Apa yang dimahukan Tian Chua adalah sebuah pengisytiharan yang beliau layak untuk bertanding. Yang sebenarnya adalah pengulangan kepada keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini,” kata Surendra, merujuk keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2010 bahawa RM2,000 untuk membatalkan kelayakan ahli Parlimen dalam Seksyen 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan adalah RM2,001 dan ke atas.
“Tidak ada perkara yang menghalang Mahkamah Tinggi daripada memberikan pengisytiharan tersebut. (Sementara) petisyen pilihan raya digunakan oleh calon atau pengundi untuk mencabar keputusan pilihan raya. Dalam kes ini, Tian Chua bukan seorang calon,” kata Surendra.
Seorang lagi peguam Chua, Lim Wei Jiet, ebrkata naib presiden PKR itu hanya meminta supaya mahkamah mengisytiharkan “status perundangan dan hak masa depannya” sebagai seorang wakil rakyat yang pernah dikenakan denda sebanyak RM2,000.
Lim berkata jika terjadi pilihan raya kecil di Batu dan Chua bertanding, beliau akan “sekali lagi berdepan ketidaktentuan dan berisiko untuk hilang kelayakan sekali lagi oleh pegawai bertugas”.
“Yang mana menuntut persoalan - kemana beliau akan pergi untuk menuntut kepastian mengenai statusnya di bawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, kalau bukan daripada mahkamah?”
Tambah Lim mahkamah pilihan raya mempunya skop yang terhadap berhubung kes seperti termaktub dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya, yang mana tidak mempunyai bidang kuasa berhubung kes yang dihadapi Chua.– 4 Mei, 2018.
Komen