PENOLAKAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap cabaran undang-undang Chua Tian Chang untuk membatalkan status hilang kelayakannnya sebagai calon pilihan raya tidak menolak keputusan mahkamah terdahulu yang menetapkan amaun lebih RM2,000 bagi membatalkan kelayakan ahli Parlimen, kata peguam.
“Saya boleh mengatakan keputusan ini tidak menolak keputusan terdahulu. Ini kerana beliau (hakim) menolak Chua atas dasar prosedur semata-mata,” kata pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Azmi Sharom.
Chua, yang merupakan naib presiden PKR dan penyandang Batu sejak 2008, meminta pengisytiharan untuk membatalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membatalkan kelayakannya pada hari penamaan calon.
Lebih baik dikenali sebagai Tian Chua, penamaannya ditolak oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) Anwar Md Zain, kerana denda RM2,000 yang dikenakan ke atas Chua dalam kes mahkamah 2017.
Hakim Nordin Hassan memutuskan beliau tidak ada bidang kuasa untuk menentukan kesahan bantahan pegawai pengurus SPR atau memberikan deklarasi seperti yang dipohon oleh Tian Chua.
Gurdial Singh, yang bertindak sebagai ketua peguam Chua, merujuk kepada keputusan Parlimen Pandikar Amin Mulia pada 2011 yang Chua masih ahli Parlimen setelah didenda RM2,000 kerana kesalahan lain.
“Seperti yang dikatakan oleh Yang Dipertua sebelum ini berhubung isu denda RM2,000 ini - beliau tidak hilang kelayakan - dan tidak ada cabaran terhadap keputusan ini oleh sesiapa pun mahupun pandangan daripada SPR ketika itu - Tian mempunyai jangkaan yang sah bahawa beliau tidak akan hilang kelayakan,” kata Gurdial.
Gurdial juga berkata terdapat dua penghakiman mahkamah yang menyatakan denda RM2,000 tidak membatalkan kelayakan ahli Parlimen di bawah Perlembagaan.
Pada 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan denda RM2,000 untuk membatalkan kelayakan ahli Parlimen dalam Seksyen 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan adalah RM2,001 dan ke atas.
Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Malaysia Andrew Khoo berkata keputusan ini diterima pada pilihan raya 2013.
“Oleh itu, pelaksanaan kuasa oleh petugas pilihan raya ini menentang penghakiman ini. Dalam membuat keputusannya, pegawai itu salah dalam undang-undang. Untuk mencabar keputusan itu, semakan kehakiman dilakukan.” – 4 Mei, 2018.
Komen