Calon Pakatan ikrar tukar semula nama Kerinchi


The Malaysian Insight

CALON Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berikrar untuk mengembalikan nama Bangsar South kepada nama asalnya, Kerinchi, jika beliau menang Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah kerana pertukaran nama itu.

“Saya bukan anti-pembangunan, mahupun pemaju. Bukan pemaju yang menukar namanya, tetapi ia Umno-BN,” katanya kepada kira-kira 700 hadirin di Projek Perumahan Rakyat Kerinchi malam tadi.

“Kerinchi adalah sebahagian daripada sejarah, warisan dan darah kita.”

Beliau berkata juga akan menghantar jemputan rasmi hari ini untuk berdebat dengan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada penduduk Lembah Pantai.

Pengarah komunikasi PKR itu, pada Rabu, berkata mahu berdebat dengan calon BN mengenai Rancangan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Mengapa ia penting? Kerana ia merupakan rancangan pembangunan untuk bandar kita,” katanya malam tadi.

Beliau berkata Raja Nong Chik harus menerima jemputan itu kerana beliau “bukan veteran, hanya pendatang baru”.

Ia adalah kali pertama Fahmi bertanding dalam pilihan raya umum, dan kali kedua bagi Raja Nong Chik.

Wakil PAS, Fauzi Abu Bakar adalah calon ketiga di Lembah Pantai - kali pertama parti Islam bertanding di kerusi Parlimen sejak 1995. – 4 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen