67% pengundi Langkawi tidak sokong Dr Mahathir, menurut kajian 


The Malaysian Insight

67% pengundi di Langkawi enggan menerima Dr Mahathir Mohamad sebagai ahli Parlimen mereka, menurut kajian Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Bernama melaporkan pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard hari ini berkata peratusan ini diperoleh hasil satu tinjauan lapangan yang dibuat sejak empat hari lepas melibatkan 2,000 responden di pulau ini.

Tinjauan itu dibuat bagi menilai tahap sokongan terkini terhadap pengerusi Pakatan Harapan itu yang bertanding bagi kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

“Kita hanya tanya mereka sokong Mahathir atau tidak. Itu sahaja soalannya. Nampaknya tanpa berselindung yang berkata ‘tidak’ kepada Mahathir itu nilainya majoriti sekarang ini,” kata Chegubard.

“Langkawi bukanlah kubu Dr Mahathir Mohamad. Saya melihat hampir tidak mustahil Dr Mahathir akan tersungkur di bumi Langkawi.” – 3 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen