KERUSI Parlimen Sabah, Kota Marudu tidak pernah dipegang Barisan Nasional (BN) sejek lima penggal berturut-turut, tetapi penduduk tempatan berkata yang mereka bersedia mengundi untuk perubahan dengan harapan masalah penganguran yang tinggi dan kemiskinan yang kian meningkat dapat diatasi.
Kerusi berkenaan disandang Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah Dr Maximus Ongkili, yang menurut penduduk selalunya “tidak dijumpai di mana-mana”.
“Ahli Parlimen kami, Dr Maximus Ongkili, sangat susah nak cari dia. Dia sukar untuk dihubungi… tetapi muncul pula waktu perayaan natal, tetapi di hari-hari biasa, mukanya pun tidak nampak,” kata ahli perniagaan berusia 55 tahun, Simon Jehain.
Jehain, yang dibesarkan di Kampung Marah Parak di mana kebanyakan penoreh getah menetap, berkata ramai antara mereka tertekan oleh kenaikan kos sara hidup ekoran pendapat yang tidak meningkat.
Ketika penoreh getah di Barat Malaysia mampu meraih RM6 untuk sekilogram getah sekerap, penduduk Kota Marudi sebaliknya hanya dibayar RM1 oleh Lembaga Industri Getah Sabah.
“Dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini, bagaimana kami nak sediakan makanan? Jadi penduduk di sini mahukan perubahan, mereka mahu orang baru dipilih sebagai wakil rakyat,” kata Jehain.
Dr Ongkili berjaya mempertahankan Kota Marudi sejak lima pilihan raya yang lepas, mengalahkan calon PKR Maijol Mahap dengan majoriti tipis 842 undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
PRU kali ini, bakal menyaksikan kedua-dua mereka terlibat dalam persaingan empat penjuru, yang turut disertai calon Warisan Barlus Mangabis dan Parti Cinta Sabah Dr Paul Porodong.
Kota Marudu mempunyai 47,007 pengundi, dengan 91% daripadanya adalah bumiputera, 3% Cina, 5% Melayu dan 2% lain-lain.
Penjaga gerai, Anita Bongkok, 52, berkata empat orang anaknya menangung risikop tidak bekerja kerana tiada peluang pekerjaan di daerah itu.
“Dua daripada anak saya, seorang perempuan dan seorang lelaki sudah tamat pengajian. Tidak ada kerja untuk mereka di sini. Walaupun selepas habis belajar di Semenangjung Malaysia, sudah berapa bulan tidak ada kerja.
“Anak lelaki saya sekarang ada di Kuala Lumpur dan anak perempuan saya di Kota Kinabalu,” kata Bongkok.
Beliau berkata kebanyakan anak muda di kawasan itu telah berpindah keluar untuk mencari peluang pekerjaan, meninggalkan ibu bapa mereka yang sudah lanjut usia.
“Jadi mengapa perli saya sokong YB ini. Dia tak mampu wujudkan peluang pekerjaan,” katanya. – 3 Mei, 2018
Komen