DITUDUH sebagai alat Barisan Nasional (BN), Arul Kanda Kandasamy bertindak mempertahankan dirinya dengan menjelaskan yang beliau hanyalah jurucakap syarikat dalam menjelaskan fakta sebenar mengenai 1Malaysia Development Berhad(1MDB).
Presiden dan ketua pegawai eksekutif 1MDB telah menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan mengenai skandal 1MDB - topik yang sering digunakan pembangkang bagi membantai BN - dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Dalam sesi dialog khas bertajuk “Anda Tanya? Kami Jawab, Tak Kira Parti” di Balik Pulau, Pulau Pinang, tengah hari ini, beliau berkata, secara berseleroh, bahawa beliau adalah “alat kuasa”.
“Saya adalah jurucakap syarikat. Syarikat yang 100% dimiliki kerajaan Persekutuan. Kami ada tanggungjawab untuk memaklumkan kepada rakyat. Saya telah ditemuramah dan beri penjelasan untuk beberapa tahun.
“1MDB bukan lagi isu pada 2017, namun dikatar semula apabila tiba March 2018 dan musim pilihan raya. Jadi, pihak syarikat harus jelaskan.”
Menurut beliau tidak ada gunanya berdebat dengan pengkritik daripada pihak pembangkang, seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli, sambil menambah yang masa mereka lebih bermanfaat jika digunakan untuk menguruskan syarikat, membayar hutangnya dan bersemuka dengan rakyat bagi menjelaskan mengenai perkara yang membabitkan 1MDB.
Beliau turut menzahirkan rasa kecewa kerana tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang hadir ke sesi dialog 1MDB yang dianjurkannya meskipun telah dijemput.
“Saya telah jemput mereka melalui media untuk datang dan bertanyakan soalan. Saya telah bercakap di Subang dan Shah Alam, dan hari ini, di Pulau Pinang. Ini kawasan mereka, tetapi, seorang pun tak datang.
“Mereka lebih gemar menyerang saya luar gelangang. Saya tidak hairan dengan modus operandi mereka. Sudah jelas yang mereka tidak mahu tahu dan tidak mahu faham,” kata Arul Kanda, yang mengambil alih pengurusan syarikat terbabit pada 2015.
Sesi dialog yang diadakan di sebuah sekolah politik di kawasan BN-Balik Pulau itu dihadiri kira-kira 400 orang, termasuk guru-guru yang sememangnya berada di sekolah sejak pagi kerana menyambut sambutan Hari Guru.
Arul Kanda, graduan lulusan undang-undang yang kemahiranya adalah menstruktur semula syarikat, berkata masalah yang dihadapi 1MDB adalah disebabkan oleh keputusan perniagaan yang tidak bijak.
“Mereka adalah masalah perniagaan. Tidak tahu bagaimana untuk menjalankan perniagaan, menanggung terlalu banyak hutang, tadbir urus yang lemah dan mutu pemantauan yang rendah.”
Pada suatu ketika dahulu, katanya, hutang 1MDB mencecah RM42 bilion, tetapi ia kini sudah dikurangkan kepada RM31 juta, sambil menambah bahawa 1MDB mempunyai aset yang cukup untuk membayar semula hutangnya.
Beliau turut menepis serangan pengkritik, termasuk bekas menteri Rafidah Aziz, yang menghentam kerajaan dan syarikat terbabit kerana enggan menuntut semula aset yang didakwa mempunyai kaitan dengan dana 1MDB, seperti kapal layar mewah milik Low Taek Jho, Equanimity.
Katanya, selepas 1MDB membuat pembayaran, beliau tidak ada kuasa menentukan bagaimana dana itu dibelanjakan, malahan syarikat sendiri tidak ada hak untuk menuntut aset yang tidak dibeli menggunakan wang tersebut.
Beliau merujuk wang yang dibayar kepada Aabar Investments PJS Ltd (Aabar BVI), yang didakwa pengkritik disalurkan ke akaun Low dan ramai lagi.
Aabar BVI dimiliki oleh Aabar Abu Dhabi anak syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC).
Pada 2012, 1MDB menerbitkan dua bon yang masing-masing berjumlah AS$1.75 bilion (RM 7 bilion) untuk membeli dua stesen jana kuasa. Bon itu dijamin oleh 1MDB dan IPIC, yang kemudiannya meminta supaya 1MDB membayar ganti rugi kepada Aabar BVI.
Kedua-dua firma berkenaan tidak bersependapat mengenai bon tersebut selepas 1MDB didapati gagal membayar hutangnya, yang memaksa IPIC meminta campur tangan penimbangtara bagi menuntut sejumlah AS$6.5 bilion. – 3 Mei, 2018
Komen