Kita tak boleh saman media asing kerana lapor saman DoJ, kat Arul Kanda


The Malaysian Insight

LAPORAN media asing berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah berdasarkan saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) yang hingga kini masin tiada penyelesaian, kata presiden dan ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Kata Arul, Putrajaya tidak menyaman media antarabangsa berdasarkan laporan mereka.

“Dakwaan (membabitkan 1MDB) masih belum dibuktikan. Kita tidak boleh katakan sama ada mereka benar atau tidak. Kita jangan buat spekulasi bila saman itu masih tidak didengar di mahkamah.

“Pihak media hanya melaporkan berdasarkan saman, kita tidak boleh saman mereka sehingga ada kesimpulan,” katanya pada sesi dialog yang diadakan di auditorium Politeknik Baik Pulau di Pulau Pinang hari ini.

Bagi menjelaskannya, Arul Kanda memberi contoh kes rasuah ketua menteri Pulau Pinang sementara Lim Guan Eng yang masih tertangguh di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Lim berdepan dakwaan berhubung pembelian banglonya di bawah harga pasaran.

“Ia seperti kes banglo ketua menteri. Tiada siapa daripada BN mengisytiharkan beliau bersalah. Namun dalam kes kami, mengapa mereka sudah katakan kami bersalah?

DoJ memfailkan tga saman berkaitan 1MDB sejak 2006 untuk merampas aset yang dibeli menggunakan wang yang didakwa disalahgunakan oleh pegawai atasan 1MDB dan pemimpin. Jumlah dana yang didakwa disalah guna adalah lebih RM19.3 bilion.

Dalam saman terbaru DoJ tahun lalu, ahli perniagaan Low Thaek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, didakwa menggunakan dana berkaitan 1MDB untuk membeli harta termasuk hartanah, barang kemas, dan lukisan.

Namun sebelum DoJ memfailkan saman, The Wall Street Journal pad 2015 telah mendakwa dalam laporannya bahawa dana 1MDB digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya perdana menteri sementara Najib Razak pada 2013.

Ditanya berhubung berbilion wang yang disalurkan ke akaun peribadi Najib sebelum Pilihan Raya Umum ke 13, Arul Kanda berkata beliau boleh mengesahkan 1MDB tidak pernah menyalurkan satu sen pun ke akaun Najib.

Najib yang juga merupakan menteri kewangan, sering dikaitkan dengan kontroversi 1MDB berikutan syarikat elaburan itu merupakan cetusan idea beliau dan beliau merupakan pengerusi lembaga penasihat.

Ditanya mengapa 1MDB tidak menyaman pembangkang, yang beliau dakwa memutarbelitkan kenyataan isu 1MDB, Arul Kanda berkata Tiny Pua dari DAP dan Rafizi Ramli sudah berdepan tindakan undang-undang berhubung kenyataan mereka terhadap 1MDB dan beberapa pihak terbabit.

“Perdana menteri (sementara) telah memfailkan saman fitnah terhadap Tony Pua berikutan dakwaannya ke atas 1MDB. Rafizi berdepan tindakan undang-undang berhubung LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) dan Tabung Haji,” katanya.

LTAT dan Tabung Haji dikaitkan dengan 1MDB menerusi asetnya. Pada 2013, 1MDB menganugerahkan kontrak bernilai RM2.1 bilion kepada LTAT untuk membangunkan lapan tapak bagi pemindahan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi bagi membantu pembangunan Bandar Malaysia.

Pada 2015, 1MDB menjual tanah di Tun Razak Exchange (TRX) kepada Tabung Haji kira-kira RM188.5 juta.

Pada 2016, Rafizi mengaitkan LTAT dengan 1MDB dalam satu kenyataan yang mendakwa bayaran gratuiti kepada pesara tentera adalah berkaitan dengan risiko kewangan 1MDB.

Arul Kanda berkata adaah penting bagi 1MDB untuk membuktikan kritikannya salah tetapi tidak perlu tindakan undang-undang.

“Kita membayar hutang pada masanya. Projek di TRX dan Bandar Malaysia masih berjalan. Tidak perlu untuk saman bila kita hanya perlu tunjukkan kepada mereka apa yang telah kita buat,” katanya. – 3 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen