SAC Myanmar gesa penculik bebaskan guru, pekerja, pelajar universiti


Seorang anggota tentera etnik Ta'ang berkawal di pusat pemeriksaan di bandar Namhkam di utara Shan. – Gambar AFP, 18 November, 2023.

MAJLIS Pentadbiran Negara Myanmar (SAC) pada Jumaat menggesa kumpulan penculik membebaskan segera guru, kakitangan akademik serta pelajar Loikaw University di Kayah, lapor Xinhua.

Pasukan Penerangan SAC dalam satu kenyataan berkata kumpulan KNPP dan PDF menyerang dan menculik kakitangan dan pelajar berkenaan serta keluarga mereka dalam serangan mengejut ke atas anggota keselamatan yang bertugas di universiti itu pada 13 dan 14 November.

Anggota keselamatan tidak dapat menyelamatkan mangsa apabila kumpulan itu menjadikan guru, kakitangan dan pelajar sebagai perisai manusia, menurut kenyataan majlis itu.

Menurut kenyataan itu, ada guru dibunuh dan ada yang diculik.

Kumpulan itu juga membunuh beberapa kakitangan universiti dan pelajar.

Susulan insiden itu, peperiksaan yang bermula pada 13 November ditangguhkan. – Bernama, 18 November, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen